Saturday, 15 October 2016

Kisah saorang ibu yang sakit merawat Di,PUSAT PERUBATAN ISLAM DARUL RIZQI MELAKA,Jumlah kos Rawatan Penuh,RM.32,800.00

Kerana yakin atas nama Perubatan islam,mana mungkin menipu,kerana yakin Penyakit bolih sembuh tak cukup wang bayar dulu berapa yang ada,wang tunai RM.300.00 kerana tak cukup wang seperti dimintak,sanggup serah rantai tanggan dengan nilai harga RM.4.800.00 JUMLAH RM.5,100,00












Ini kisahnya.
[Rasa2 kalau banyak duit nak bawa ibu bapa berubat boleh la try kt sini..hahaha..harga tak masuk akal Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi..hentikanlah guna nama Islam sebagai kepentingan diri sendiri..memalukan org Islam,dalam keadaan terdesak pada malam 11/10/2016 aku telah membawa mak aku utk berubat kerana sakit kaki yg hospital pun xtahu punca kesakitan..aku merancang utk cari perubatan Islam supaya tiada syirik2 yg berlaku spnjng tempoh Perubatan tu,dan pergi ke ke tmpt trsebut..maka beliau yg perkenalkan diri sbgi Am mmbritahu perubatannya brbyar ..aku pun xkesah la dgr nama perubtan islam..mula2 kena bayar rm300 utk scan pnykit katanye..mula2 rasa berat da..pikirkn masalah mak aku..aku pun collect duit dgn abg n bini aku dptlh jmlh rm300 dan byr pdnye dan die kata rawatan susulan percuma..ok fine..slps da check die listkn pnykit2nye..ok aq tgok pun byk..lps tu die tnye..nk berubat tak?cnfrm lh nk berubat kn sbb dtg jauh2 smpi ke serkam,melaka sna..lps tu die kluarkn hrga caj rwatan pnuh smpi RM32k lbih ..aku da pnas hati..mahal mak datuk..lpstu die bgi tawaran trun hrga RM22k..bapak die..katanye itu caj bgi die tanggung risiko utk mak aku..kalau kau sbgi mnusia normal boleh tgok org sakit cm uh,die xkn mulakan rwatan slgi xde duit atau gantian duit sma dgn hrga..aku dah ajk blik..tpi mak aq da x than skit..die bgilah rantai tgn die lebih kurang hrga msa beli RM4k lebih..sebb nk rawat die pnye psl..aq pun ikut lh..die kta ini baru suku rwtan blum pnuh..slps selesai tu..die pun ckp lah mcm2 psl pnykit tu..mak aq pun ajk blik ..aq just tnye..mak ok x..die snyp jee..msa dlm kereta die kta..sma jee rsa..xde rasa elok pun..sakit lgi adalah..dan smpi hari ni sakitnye btrusan dan skrg aq berada di kecemasan dri pgi tdi..msa nk blik dri umh Am tu pun die tnye xnk beli air yassin kee buat mak minum n mndi sok pgi..taw hrga die berapa 1 botol 1.5liter air yassin die RM40 sbtol ko..last2 aq ckp..aq pun duit xde encik nk beli dah..die bgi free jee..aku hanya menulis supaya aq xnk ada org lagi terkena macam aq nie..duit hilang pnykit x hilang..dan tdi die msj aq suruh buat rwtan susulan..skli kena sound ngn aku..bengis ko die..hehehe..kalau nk berubat pergilah Darul Syiffa kee..dah sah2 kite tahu itu Arwah Tn Guru Harun Din pnye tmpt..insaflah wahai Am..jangan gunakan agama sebagai mata pencarian rezeki ko dengan caj org sesuke hati ko..Allah bgi kelebihan utk bantu org..bkn dgn cara gini]

     


Sabtu, 15 Oktober 2016



Assalamuálaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

MAKLUMAN;

1. Pihak Darul Rizqi Enterprise dengan Rasminya Menutup Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi berkuatkuasa serta merta;

2. Pihak kami memohon maaf di atas perkara-perkara yang menggugat sensitiviti Agama Islam;

3. Pihak kami sedang disiasat oleh pelbagai agensi Kerajaan & NGO (Media/Press. etc);

4. Untuk meredakan keadaan yang seperti telah di 'Viralkan' sepatutnya Pihak Individu tersebut berjumpa terus kepada kami tentang kami ketidakpuashatian terhadap mutu perkhidmatan kami. Memandangkan perkara ini telah terjadi, pihak Pengarah Syarikat kami MENUTUP serta merta bagi memuaskan hati Warga Malaysia yang telah tersinggung dengan perkara ini;

5. Jumlah Bayaran seperti dinyatakan adalah TIDAK BENAR sama sekali, ianya cuma 'Sebut Harga' yang pihak kami keluarkan dan BUKAN bayaran sebenar yang kami terima. Ianya adalah kesalahfahaman/ kekeliruan tentang Bil yang telah dikeluarkan.

6. Kami berharap, semua Warga Malaysia terutamanya yang beragama ISLAM berpuashati dengan makluman ini; dan

7. Semua Laman Sosial yang melibatkan Perubatan Islam Darul Rizqi akan di TUTUP.


                                                                                        









No comments:

Post a Comment