Saturday, 22 October 2016

Ustaz Paker Perubatan Islam,Yayasan Terengganu (YIT) Konon Berjaya Tangkap 12,Jin Dimasukan Kedalam Botol,Menipu Diri Sendiri,Menipu Orang,Untuk Dapat kan Publisiti Murahan?,

JIN KENA FITNAH ORANG KENA TIPU,DENGAN KONON PAKER PERUBATAN ISLAM,
Tapi tak tahu beza orang menipu,atau orang nak perhatian,Ustaz berkelulusan menara Gading kena tipu dengan budak pompuan yang berpelajaran cetek,



HAMPIR SEMUA USTAZ PERUBATAN ISLAM KLINIK JAMPI,ADA LAH TUKANG TLIK,
Mereka melarang jangan merawat dengan bomoh tukang tilik,tapi mereka sendiri jadi tukang tilik,Kerana nak menghalalkan yang HARAM,Menilik,Dubahsuaidikata "SCAN"
Mereka Jadi kan bomoh dan jin sebagai:KAMBING HITAM,

Ramai tahu tapi pura2 buat2 tak tahu,Tidak mencegah,berarti Redha,Bersubahat,sama dosa nya dengan orang yang buat dosa,JAKIM,JAIS,MAIS,MUFTI, PILIH BULU,Jadi setan bisu.hanya yang mereka nampak syirik khurafat Bomoh saja,

Juga Ulama/Ustaz/ustat/ustazah Dah Jd Geng denganya,kerana nak jaga maruah AIB Rakan2 nya Tak berani Menegur,lebih takut pada rakan2 nya Bertatle ustaz Dari Allah swt,
SATU MALAYSIA,KENA TIPU DENGAN SITI BALQIS,Kerana gila publisiti,
Ustaz Klinik Jampi,pun ikut sama menipu,jin kena fitnah, orang kena tipu.

Siti Balqis ghaib 30 minit sebelum pasukan perubatan Islam YIT tiba di rumah
JERTIH (Berita Harian): Usaha tiga pengamal perubatan Islam daripada Yayasan Islam Terengganu (YIT) merawat gadis ghaib, Siti Balqis Mohd Nor, 22, malam kelmarin, dikatakan berjaya menangkap 12 lagi jin yang mengganggu gadis berkenaan, selepas dua bomoh yang enggan dikenali sebelum ini mendakwa berjaya menangkap sembilan jin.
Pada awalnya, usaha pasukan perubatan berkenaan dianggotai Pengelola Khidmat Masyarakat YIT, Hassan Yusof; penolongnya, Fauzi Malik dan Pengurus Khidmat Masyarakat, Wan Adi Rahman Wan Abd Rahman untuk merawat Siti Balqis seperti tidak kesampaian berikutan gadis itu didapati ghaib kira-kira setengah jam sebelum ketibaan pasukan perubatan itu ke rumah keluarganya di Kampung Gong Nangka, di sini, kira-kira jam 8 malam.
Ibu gadis berkenaan, Norizan Said, 47, berkata Siti Balqis tiba-tiba ghaib kira-kira jam 7.30 malam ketika mereka berkumpul menunggu ketibaan pasukan perubatan itu di rumah dan usaha mencarinya dilakukan di atas bumbung, dalam siling rumah, almari, rumah kosong, di bawah rumah dan di pokok manggis, tetapi gagal.
Berikutan itu, katanya, orang ramai termasuk pasukan perubatan berkenaan membaca surah Yasin beramai-ramai, sebelum Norizan menerima SMS daripada Siti Balqis jam 11.30 malam berbunyi ‘tolong dah jauh ni’ dan SMS kedua pada jam 12 tengah malam menyatakan ‘Umi cepat datang, kita dok (duduk) Bukit Keluang,’.
Selesai membaca surah Yasin, pasukan perubatan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bergegas ke Bukit Keluang, kira-kira 15 kilometer dari rumah mangsa, tetapi gagal menemuinya di kawasan pelancongan terkenal itu.
Sebaliknya, Ramlan berkata, mereka terserempak dengan sembilan orang termasuk dua wanita yang kelihatan seperti sedang bertapa dalam gua berkenaan.
Katanya, ketika gerakan mencari Siti Balqis dijalankan, beliau dimaklumkan gadis itu ada di atas pokok rambutan di belakang rumah keluarganya kira-kira jam 1.30 pagi dan pasukan perubatan yang dihantar khas oleh kerajaan negeri itu kembali semula ke rumah untuk menjalankan proses rawatan mengikut kaedah Islam.

Pasukan perubatan itu memulakan usaha rawatan dan mendakwa berjaya mengeluarkan 12 jin yang kemudian dimasukkan ke dalam botol. Siti Balqis hanya sedarkan diri kira-kira jam 5 pagi tadi selepas menerima rawatan berkenaan.
===============================================================
Akhir Konon Paker Perubatan Islam,Kantoi,Kena Tipu Dengan Siti Balqis,
Ini Kisah Yang Amat Malau,Agama Diperalat Untuk Cari Publisiti....
Ini Kisah Yang Sebenar,

Siti Balqis ditemui di rumah kenalan di Jelebu

Norizan Said memujuk Siti Balqis Mohd. Nor di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, semalam.


BESUT 28 Okt. - Siti Balqis Mohd. Nor, 22, yang terus mencetuskan misteri apabila dikatakan hilang semula sejak Ahad lalu akhirnya ditemui di rumah kenalannya di Kampung Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.
Bagaimanapun penemuan kali ini bukan menggunakan khidmat bomoh pengamal perubatan Islam seperti mana yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya melalui hasil siasatan polis.
Penemuan itu sekali gus menolak andaian bahawa Siti Balqis 'ghaib' kononnya masih dilarikan oleh makhluk halus pada malam Ahad lalu dan berada di Gunung Jerai, Kedah.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria hari ini mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dekat sini mengenai penemuan Siti Balqis.
Turut hadir ibunya, Norizan Said, 47, dan dua bapa saudaranya, Abdullah Said, 72, Daerawi Said, 62, serta kenalan gadis itu, Norwaniza Ramli, 19.
Bagaimanapun sepanjang sidang akhbar itu, Siti Balqis tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh pihak media.
Dia juga dilihat enggan memasuki kenderaan untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal dekat sini sehingga ibu serta anggota keluarganya terpaksa memujuknya.
Menurut Kamarudin, berdasarkan laporan ibu Siti Balqis pada pukul 1.50 pagi, Isnin lalu, pihaknya terus menjalankan siasatan termasuk berpandukan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Siti Balqis kepada ibunya.
''Kami mendapati, SMS itu dihantar dari Negeri Sembilan dan bukannya dari Gunung Jerai.
"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenalinya melalui surat-menyurat sejak lima tahun lalu di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.
"Sehubungan itu, dua anggota polis telah dihantar ke sana dan dia bersama rakannya, Norwaniza telah dibawa ke sini pagi ini, "jelasnya.
Beliau memberitahu, berdasarkan tiket bas yang diperoleh, Siti Balqis menaiki bas dari Jerteh ke Shah Alam sebelum menuju Negeri Sembilan dan bercadang pulang semula ke Besut pada 31 Oktober ini.
Dia yang tidak menjelaskan punca gadis itu menghilangkan diri ke Negeri Sembilan menyifatkan kes berkenaan sebagai selesai dengan penemuannya dan tidak timbul soal disembunyikan atau ghaib.
Dengan penemuannya itu, Norizan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis tetapi tidak pasti bagaimana kesudahan nasib anaknya itu kerana kerap ghaib dalam keadaan mengelirukan.
Sementara itu Norwaniza ketika ditemui memberitahu, dia mengenali Siti Balqis menerusi majalah Remaja lima tahun lalu dan sejak itu mereka sering berutus surat walaupun tidak pernah bertemu.
Katanya, Siti Balqis hanya memberitahunya menerusi telefon akan datang ke rumahnya dengan tujuan melawat dan pada pagi Isnin Siti Balqis tiba di rumahnya dengan sebuah teksi.
Norwaniza juga mengakui tidak pernah mengetahui mengenai kisah Siti Balqis yang menarik perhatian media kerana sering 'ghaib' sejak lebih dua bulan lalu dan

Friday, 21 October 2016

BACAAN AYAT AYAT SUCI AL·QURAN DIKOMISILKAN JUAL AGAMA? Jika tahu buat tak tahu tak mencegah,berarti redha bersubahat,sama lah dosa dengan orang yang buat dosa,orang yang tak terima kebenaran sombong,tak bau syurga,walau pun sombonbong nya seberat biji sawi,

Mereka Yang Melakukan Upacara Ruqyah Lalu Meminta UPAH Darinya
Maka Terdapat celaan daripada Rasulullah saw terhadap perbuatan
tersebut. Baginda bersabda:
“Barangsiapa membaca al-Qur’an, hendaklah dia meminta pahalanya kepada Allah. Sesungguhnya akan datang kelak sebuah kaum yang membaca al-Qur’an lalu mereka meminta (UPAH) manusia dengan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Video,Buka Klinik Jampi BIDAAH Baru Dalam Agama,
https://www.youtube.com/watch?v=g8OI7GWVp54


Atikal Berkaitan SCAN,
https://www.facebook.com/darussyifakedah/posts/545622958964505
ALIM SEMPURNA AMALAN NYA,KERANA JUAL AGAMA BOLIH JADI KAFIR,Bahaya Jual Agama Kerana Kepentinggan Habuan Dunia,Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Hurairah:
Maksudnya: Bersegeralah Kamu Beramal Sebelum Menemui Fitnah
(ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat kelam.
Seseorang yang masih beriman di waktu pagi kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau seseorang yang masih beriman di waktu petang kemudian pada esok paginya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit daripada mata benda dunia.
Abu Hurairah Ra. Menuturkan Hadis:
"Siapa yang makan dengan (memperalat) ilmu, Allah membutakan
kedua matanya (atau wajahnya di dalam riwayat ad-Dailami),dan neraka lebih layak untuknya". (HR Abu Nu‘aim dan ad-Dailami).
Maksudnya Adalah Ulama Yang Menjadikan ilmunya Sebagai Alat Untuk Memperoleh Kepentinggan Kekayaan.

Saturday, 15 October 2016

Kerana yakin Ustaz perubatan islam manamunkin menipu,yakin penyakit akan sembuh sanggup serah rantai emas untuk merawat penyakit,

Dakwa Ditipu Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi


SEKEPING resit bayaran berjumlah RM32,800 dikenakan kepada penama Saadiah Binti Wahab bagi rawatan perubatan dengan kepala surat bertulis Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi Melaka tersebar di Laman Sosial Facebook dan Twitter.

Anak mangsa, Muhammad Sholehin B. Md Saad tampil mendakwa ditipu oleh pihak yang menggunakan nama Islam untuk kepentingan diri sendiri sambil menyifatkan perbuatan itu memalukan Islam.

Menceritakan secara terperinci tentang resit bayaran yang tersebar itu, Sholehin berkata pada malam 11 Oktober 2016 yang lalu beliau yang dalam keadaan terdesak telah membawa ibunya, Saadiah yang menderita sakit kaki untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Darul Rizqi, Melaka.




Pihak hospital dakwa Sholehin tidak dapat mengesan punca kesakitan tersebut. Beliau cuba mendapatkan rawatan cara Islam bagi menghindarkan diri dari terjebak kepada sebarang perbuatan syirik sepanjang proses rawatan.

Menurut Sholehin lagi, bayaran RM300 dikenakan untuk 'scan' (imbas) penyakit. Memikirkan derita ditanggung oleh ibu, beliau yang pada awalnya merasa berat hati, tetap rela membayar kos itu selepas meminta bantuan isteri dan abangnya.

Selepas pemeriksaan dibuat, beliau ditanya sama ada mahu meneruskan rawatan, beliau menjawab "ya," dan memang itulah tujuannya datang dari jauh untuk mendapatkan rawatan bagi ibu.

Apa yang mengejutkan, cas rawatan yang diserahkan untuk bayaran kepadanya berjumlah RM32,800, selepas berlaku tawar menawar, harga diturunkan kepada RM22,000.

Alasan diberikan ialah, itu merupakan kos untuk menanggung risiko bagi melakukan rawatan terhadap ibunya, dan rawatan tidak akan dimulakan sehinggalah duit atau barangan yang setimpal dengan harga itu dijelaskan.

Sholehin mendakwa pada ketika itu ibunya yang sudah tidak dapat menanggung rasa sakit, terus menyerahkan rantai tangan emas miliknya yang dibeli dengan harga sekitar RM4,000 suatu masa dahulu.

Namun selepas rawatan yang dimaklumkan hanya suku daripada keseluruhan rawatan yang patut dijalani itu selesai dilakukan, Sholehin bertanya keadaan ibunya, namun ibunya hanya mendiamkan diri.

Ketika berada dalam kereta barulah ibunya berkata tiada sebarang perubahan berlaku, malah kesakitan ditanggung semakin teruk. Sehingga hari ini Sholehin mendakwa sakit ibunya masih berterusan malah kini ditempatkan di Unit Kecemasan Hospital.

Individu bernama Am didakwa turut menawarkan air yassin untuk diminum dan digunakan sebagai mandian untuk ibu dengan harga RM40 sebotol (1.5 Liter).

Namun selepas Sholehin memberitahu tidak memiliki wang, individu tersebut terus memberikan air yassin itu secara percuma. Beliau turut mendakwa menolak apabila Am menghantar mesej kepadanya menggesa untuk rawatan susulan bagi ibu.





Kisah saorang ibu yang sakit merawat Di,PUSAT PERUBATAN ISLAM DARUL RIZQI MELAKA,Jumlah kos Rawatan Penuh,RM.32,800.00

Kerana yakin atas nama Perubatan islam,mana mungkin menipu,kerana yakin Penyakit bolih sembuh tak cukup wang bayar dulu berapa yang ada,wang tunai RM.300.00 kerana tak cukup wang seperti dimintak,sanggup serah rantai tanggan dengan nilai harga RM.4.800.00 JUMLAH RM.5,100,00












Ini kisahnya.
[Rasa2 kalau banyak duit nak bawa ibu bapa berubat boleh la try kt sini..hahaha..harga tak masuk akal Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi..hentikanlah guna nama Islam sebagai kepentingan diri sendiri..memalukan org Islam,dalam keadaan terdesak pada malam 11/10/2016 aku telah membawa mak aku utk berubat kerana sakit kaki yg hospital pun xtahu punca kesakitan..aku merancang utk cari perubatan Islam supaya tiada syirik2 yg berlaku spnjng tempoh Perubatan tu,dan pergi ke ke tmpt trsebut..maka beliau yg perkenalkan diri sbgi Am mmbritahu perubatannya brbyar ..aku pun xkesah la dgr nama perubtan islam..mula2 kena bayar rm300 utk scan pnykit katanye..mula2 rasa berat da..pikirkn masalah mak aku..aku pun collect duit dgn abg n bini aku dptlh jmlh rm300 dan byr pdnye dan die kata rawatan susulan percuma..ok fine..slps da check die listkn pnykit2nye..ok aq tgok pun byk..lps tu die tnye..nk berubat tak?cnfrm lh nk berubat kn sbb dtg jauh2 smpi ke serkam,melaka sna..lps tu die kluarkn hrga caj rwatan pnuh smpi RM32k lbih ..aku da pnas hati..mahal mak datuk..lpstu die bgi tawaran trun hrga RM22k..bapak die..katanye itu caj bgi die tanggung risiko utk mak aku..kalau kau sbgi mnusia normal boleh tgok org sakit cm uh,die xkn mulakan rwatan slgi xde duit atau gantian duit sma dgn hrga..aku dah ajk blik..tpi mak aq da x than skit..die bgilah rantai tgn die lebih kurang hrga msa beli RM4k lebih..sebb nk rawat die pnye psl..aq pun ikut lh..die kta ini baru suku rwtan blum pnuh..slps selesai tu..die pun ckp lah mcm2 psl pnykit tu..mak aq pun ajk blik ..aq just tnye..mak ok x..die snyp jee..msa dlm kereta die kta..sma jee rsa..xde rasa elok pun..sakit lgi adalah..dan smpi hari ni sakitnye btrusan dan skrg aq berada di kecemasan dri pgi tdi..msa nk blik dri umh Am tu pun die tnye xnk beli air yassin kee buat mak minum n mndi sok pgi..taw hrga die berapa 1 botol 1.5liter air yassin die RM40 sbtol ko..last2 aq ckp..aq pun duit xde encik nk beli dah..die bgi free jee..aku hanya menulis supaya aq xnk ada org lagi terkena macam aq nie..duit hilang pnykit x hilang..dan tdi die msj aq suruh buat rwtan susulan..skli kena sound ngn aku..bengis ko die..hehehe..kalau nk berubat pergilah Darul Syiffa kee..dah sah2 kite tahu itu Arwah Tn Guru Harun Din pnye tmpt..insaflah wahai Am..jangan gunakan agama sebagai mata pencarian rezeki ko dengan caj org sesuke hati ko..Allah bgi kelebihan utk bantu org..bkn dgn cara gini]

     


Sabtu, 15 Oktober 2016



Assalamuálaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

MAKLUMAN;

1. Pihak Darul Rizqi Enterprise dengan Rasminya Menutup Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi berkuatkuasa serta merta;

2. Pihak kami memohon maaf di atas perkara-perkara yang menggugat sensitiviti Agama Islam;

3. Pihak kami sedang disiasat oleh pelbagai agensi Kerajaan & NGO (Media/Press. etc);

4. Untuk meredakan keadaan yang seperti telah di 'Viralkan' sepatutnya Pihak Individu tersebut berjumpa terus kepada kami tentang kami ketidakpuashatian terhadap mutu perkhidmatan kami. Memandangkan perkara ini telah terjadi, pihak Pengarah Syarikat kami MENUTUP serta merta bagi memuaskan hati Warga Malaysia yang telah tersinggung dengan perkara ini;

5. Jumlah Bayaran seperti dinyatakan adalah TIDAK BENAR sama sekali, ianya cuma 'Sebut Harga' yang pihak kami keluarkan dan BUKAN bayaran sebenar yang kami terima. Ianya adalah kesalahfahaman/ kekeliruan tentang Bil yang telah dikeluarkan.

6. Kami berharap, semua Warga Malaysia terutamanya yang beragama ISLAM berpuashati dengan makluman ini; dan

7. Semua Laman Sosial yang melibatkan Perubatan Islam Darul Rizqi akan di TUTUP.