Wednesday, 2 March 2016

Ustaz Sharhan,Paker Perubatan Islam Yang Terkenal,Mengesah kan,Jin Tangan Berbulu,Curi Batu Zamrut, Dan Nilam Siti Balqis?,

Ustaz Sharhan Kantoi,Kena Tipu Dengan Siti Balqis,Dia Pun Ikut Sama Menipu,Mengambil Kesempatan,Untuk Cari Publisiti Murahan,


                                                                    

Lagi Penipuan nya Yang  Sangat Memalukan, Sanggup Gadai Maruah Agama,Sanggup
Menipu,Semata Mata Untuk Cari Pulisiti,Kata nya,Beliau Turut Diugut Olih Jin,Supaya Tidak Membantu Mengobati Siti Balqis, Dan Jika Menerus Kan Juga,Jin Akan Mengambil Anak Nya Pula,Sebagai Ganti Kepada Siti Balqis,

Kisah Siti Balqis masih belum habis, selepas gagal melarikan Siti Balqis, jin yang dikatakan berwajah seperti anjing atau khinzir tu berbulu tebal mengambil batu batu zamrud, nilam dan delima di rumah Siti Balqis.
Kegembiraan keluarga gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, mendapat 15 batu bernilai tinggi sejak Rabu lalu berakhir apabila batuan berkenaan didapati hilang semalam, selepas empat hari disimpan dalam bekas khas berisi air zamzam.

Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, berkata 14 daripada 15 batu bernilai antaranya zamrud, delima dan nilam sebesar duit syiling 20 sen tiba-tiba ghaib pagi semalam walaupun ia dikawal ketat oleh anak saudaranya, Mohd Zainuddin Mohamad, 42.
Sebiji lagi batu bernilai diberikan kepada penasihat agama program Alam Ghaib TV3, Ustaz Sharhan Shafie untuk membuat analisis terhadap penemuan batu berkenaan yang disifatkan kejadian aneh berlaku dalam rumah berkenaan.
Batu batu tu hilang kira-kira jam 4 pagi tadi apabila melihat tempat menyimpan batu itu kosong. Ibu Siti Balqis menugaskan saya menjaga batu-batu itu, tetapi terkejut ia hilang kerana tiada siapa yang boleh masuk ke dalam bilik itu kerana berkunci, kata
“Mustahil batu bernilai tinggi itu dicuri manusia biasa kerana rumah ini turut dikawal ketat anggota polis peronda dari daerah ini,” katanya ketika ditemui.
Sementara itu, Sharhan ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam, tidak terkejut dengan berita kehilangan 14 batuan mahal yang disimpan di rumah Siti Balqis, malah mengakui sebutir batu dalam simpanannya turut berdepan cubaan dilarikan jin pada malam sama.
“Batu yang saya simpan juga hampir dighaibkan oleh jin pada malam sama, tetapi ia gagal dilarikan kerana saya sudah ‘memagar’ tempat simpanan batu permata dengan ayat suci al-Quran,” kata Ustaz Sharhan.
“Saya sudah syak batu permata dalam simpanan keluarga itu akan hilang kerana jin yang menjaga Siti Balqis didakwa berdendam disebabkan gagal untuk melarikan Siti Balqis selepas kawasan rumahnya dipagar menggunakan garam dan ayat suci al-Quran,”katanya lg.
Sharhan mendakwa, beliau sendiri turut ternampak tangan jin berbulu sedang menarik bekas yang menyimpan batu di rumahnya, tetapi gagal.
=================================================================================
Akir nya Ustaz Sharhan Kantoi,Ini Kisah Yang Sebenar nya.
Ustaz Sharhan Kena Tipu dengan Siti Balqis,untuk mendapat Perhatian,dia pun ikut sama menipu,mengambil kesempatan cari publisiti murahan,

Siti Balqis ditemui di rumah kenalan di Jelebu

Norizan Said memujuk Siti Balqis Mohd. Nor di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, semalam.


BESUT 28 Okt. - Siti Balqis Mohd. Nor, 22, yang terus mencetuskan misteri apabila dikatakan hilang semula sejak Ahad lalu akhirnya ditemui di rumah kenalannya di Kampung Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.
Bagaimanapun penemuan kali ini bukan menggunakan khidmat bomoh pengamal perubatan Islam seperti mana yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya melalui hasil siasatan polis.
Penemuan itu sekali gus menolak andaian bahawa Siti Balqis 'ghaib' kononnya masih dilarikan oleh makhluk halus pada malam Ahad lalu dan berada di Gunung Jerai, Kedah.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria hari ini mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dekat sini mengenai penemuan Siti Balqis.
Turut hadir ibunya, Norizan Said, 47, dan dua bapa saudaranya, Abdullah Said, 72, Daerawi Said, 62, serta kenalan gadis itu, Norwaniza Ramli, 19.
Bagaimanapun sepanjang sidang akhbar itu, Siti Balqis tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh pihak media.
Dia juga dilihat enggan memasuki kenderaan untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal dekat sini sehingga ibu serta anggota keluarganya terpaksa memujuknya.
Menurut Kamarudin, berdasarkan laporan ibu Siti Balqis pada pukul 1.50 pagi, Isnin lalu, pihaknya terus menjalankan siasatan termasuk berpandukan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Siti Balqis kepada ibunya.
''Kami mendapati, SMS itu dihantar dari Negeri Sembilan dan bukannya dari Gunung Jerai.
"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenalinya melalui surat-menyurat sejak lima tahun lalu di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.
"Sehubungan itu, dua anggota polis telah dihantar ke sana dan dia bersama rakannya, Norwaniza telah dibawa ke sini pagi ini, "jelasnya.
Beliau memberitahu, berdasarkan tiket bas yang diperoleh, Siti Balqis menaiki bas dari Jerteh ke Shah Alam sebelum menuju Negeri Sembilan dan bercadang pulang semula ke Besut pada 31 Oktober ini.
Dia yang tidak menjelaskan punca gadis itu menghilangkan diri ke Negeri Sembilan menyifatkan kes berkenaan sebagai selesai dengan penemuannya dan tidak timbul soal disembunyikan atau ghaib.
Dengan penemuannya itu, Norizan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis tetapi tidak pasti bagaimana kesudahan nasib anaknya itu kerana kerap ghaib dalam keadaan mengelirukan.
Sementara itu Norwaniza ketika ditemui memberitahu, dia mengenali Siti Balqis menerusi majalah Remaja lima tahun lalu dan sejak itu mereka sering berutus surat walaupun tidak pernah bertemu.
Katanya, Siti Balqis hanya memberitahunya menerusi telefon akan datang ke rumahnya dengan tujuan melawat dan pada pagi Isnin Siti Balqis tiba di rumahnya dengan sebuah teksi.
Norwaniza juga mengakui tidak pernah mengetahui mengenai kisah Siti Balqis yang menarik perhatian media kerana sering 'ghaib' sejak lebih dua bulan lalu dan menimbulkan misteri sehinggalah anggota polis datang ke rumahnya.

No comments:

Post a Comment